Tag Archives: bekas jerawat berlubang

Hormon Menyebabkan Jerawat Tumbuh

Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri. Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap itu sendiri. 

Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran, ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. Secara umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan kelenjar tersebut membesar atau mengembang.

Penghasilan hormon androgen menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. Dan menurut artikel-artikel lepas, sebum yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati. Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen, lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat.

Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. Dalam tempoh inilah kita kerap jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk menghidap penyakit kulit berjerawat ini. Namun, bagi orang dewasa,  masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut.

Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah:

1. Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah sekian lama kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan juga Menopause.

2. Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan atau sewaktu kitaran menstrual.

3. PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami masalah petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau lipatan-lipatan kulit pada tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada kawasan perut .

Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan beberapa kaedah. Bagi orang dewasa, masalah jerawat disebabkan hormon tidak boleh dirawat dengan hanya membeli ubat-ubat jerawat biasa di farmasi. Masalah jerawat tersebut boleh didapati di klinik-klinik pakar kulit. Rawatan-rawatan yang diberikan pula termasuklah kontraseptif oral, ubat mengurangkan radang kulit, ubat anti-androgen atau lain-lain perubatan semulajadi yang disyorkan oleh doktor.

Pengambilan ubat-ubatan oleh pesakit wanita boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti loya, penambahan berat badan, kelembutan pada payudara serta penghasilan titisan-titisan darah haid sebelum tiba  waktu kitaran menstrual yang sebenar. Jika pesakit mengambil ubatan dari sumber semulajadi seperti meminum jus kesihatan, ia tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penghidap masalah jerawat, bergantung kepada penerimaan tubuh pesakit sendiri.

 

Untuk penjagaan wajah anda,bertindak sebelum jerawat menguasai hidup anda!Klik pada gambar di bawah ini…

Incoming search terms:

  • ubat jerawat paling berkesan di farmasi (294)
  • ubat jerawat paling berkesan (236)
  • ubat jerawat farmasi (182)
  • ubat jerawat di farmasi (178)
  • ubat jeragat di farmasi (96)
  • krim jerawat di farmasi (92)
  • krim jeragat di farmasi (79)
  • krim jerawat paling berkesan (54)
  • ubat farmasi untuk jerawat (53)
  • pil jerawat farmasi (52)